Wednesday 23 April 2008

DEBARAN KIAN TERASA

Program Kebersihan dan Keceriaan anjuran Lajnah Kebajikan MPMKUDQI kini semakin hampir ke penghujungnya. Namun debaran untuk mengetahui siapakah akan memegang piala pusingan pada sesi ini tidaklah begitu mengujakan berbanding untuk mengetahui siapa yang mungkin bakal mengulangi tragedi anugerah penyapu (sekadar ramalan penulis) bagi kategori bilik/kelas paling kurang bersih dan kurang ceria.
Pertandingan ini diadili oleh al-fadhil Ustaz Ismail b. Osman yang melakukan pemeriksaan terakhir pada Isnin lalu. Al-fadhil Ustaz diiringi oleh pengarah program, saudara Azman Khidmir b. Zulakmal.
Pihak MPMKUDQI mengharapkan pertandingan yang dianjurkan kali ini akan berjaya menimbulkan kesedaran tentang pentingnya kebersihan dalam membentuk suasana selesa untuk menuntut ilmu dan tidak hanya mengamalkan hadith "kebersihan sebahagian daripada iman" untuk program ini sahaja.

0 ulasan:

Post a Comment