Friday, 18 April 2008

KENAPA TIDAK UNTUK BERPERSATUAN??



KENAPA TIDAK UNTUK BERPERSATUAN??



Mungkin sudah menjadi lumrah bagi yang belajar atau pernah menjadi anak didik PAS, tidak mahukan jawatan, masih malu alah dengan jawatan yang dipegang, sangat-sangat takut untuk memimpin. Semua ini ada pro dan kontranya. Mungkin dalam konteks berlaku perebutan kuasa, dan orang yang merebut itu masing-masing mempunyai pakej lengkap dan ingin membawa matlamat yang sama, maka toleransi amat diperlukan disini.

Akan tetapi, adakah situasi di Kolej kita sekarang begitu? Kita majoritinya datang dari Darul Quran yang dua tiga tahun kebelakangan ini mengalami krisis ketandusan kepimpinan. Dari kajian penulis yang juga bekas penuntut Darul Quran, masalah ini berpunca daripada sifat tidak yakin diri dan selalu disindir kawan-kawan. Walaupun nampak seperti hanya masalah kecil namun tidak wajar untuk tidak diendahkan kerana kesannya akan turut terasa hingga ke kolej kita ini.

Selain itu, masalah ini juga berpunca kerana kurang rasa sayang dan tanggungjawab terhadap tempat kita menuntut, perkara ini seolah-olah jangkitan dari institusi pendidikan lain yang mana dapat dilihat dengan jelas guru-guru sekarang tidak lebih daripada sebuah mesin mengajar(bukan niat penulis untuk mempersendakan tugas guru yang mulia itu) dan segelintir ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka seolah-olah ingin berlepas tangan dalam soal mendidik anak-anak mereka. Contoh lain yang lebih mudah, macamana agaknya kalau orang Malaysia tak lagi sayangkan Malaysia? Adakah akan wujud parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya baru-baru ini? Adakah akan ada tentangan jika kerajaan membazirkan wang Negara? (pada perkiraan penulis, anak didik PAS akan lebih cepat memahami dengan contoh politik). Semua ini pasti terjadi jika rakyat tidak sayangkan negaranya.

Begitupun di KUDQI, situasi amat jauh berbeza kerana biasanya orang yang sayangkan sesuatu pasti akan memikirkan apa yang terbaik untuk apa yang disayangi itu. Siswa/i lebih selesa mendiamkan diri dari membetulkan kesilapan yang berlaku dan mengambil jalan mudah dengan mengatakan “ala,takpe la.. aku bukan MPM pun” . Ini satu sikap yang perlu diubah.

Walau dimana pun kita berdiri, kita tetap termasuk di dalam ungkapan saidina Umar r.a :“ Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap pemimpin itu pasti akan disoal tentang kepimpinannya ”. Tidak perlu mengelak untuk memimpin kerana ianya telah ditentukan Allah sebagaimana firmannya yang bermaksud :

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (surah al-Baqarah ; 30)

Untuk akhirnya,renungilah kata as-syahid Hassan al-Banna : “Bila kita bergelar DAIE.. Kita wajib sedar bahawa jiwa kita tidak boleh lama menjadi REMAJA. Tanggungjawab melebihi masa yang ada dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dapat men DEWASA kan engkau..



18 April 2008

Mohd Ridhuan bin Abdul Karim

Presiden

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI

1 ulasan:

Salam.

Tahniah buat saudara Presiden MPM KUDQI atas penulisan yang mantap dan punya matlamat yang amat menarik untuk diketengahkan dalam masyarakat siswa/siswi KUDQI.Semoga kalian semua menyedari apa yang cuba dilontarkan oleh saudara Presiden.Teruskan usaha anda bagi memantapkan lagi kader-kader KUDQI agar menjadi insan yang bermanfaat utk Islam,negara dan masyarat.Allahu Akbar!

Post a Comment