Wednesday 18 June 2008

Kerana Bola Maruah Tergadai

Bilamana terlihat tajuk artikel "Kerana Bola Maruah Tergadai" ini di Tranungkite.net, saya tidak begitu tertarik untuk membacanya kerana bagi saya mungkin ini adalah berkaitan dengan demam EURO08 yang sedang hangat berlangsung sekarang, akan tetapi mata saya mula memerhatikan setiap perkataan selepas saya melihat sahabat kudqi tertera di bawah sebagai penghantar. Seperti ada satu tarikan untuk saya menghabiskan bacaan itu, mungkin kerana individu terbabit menggunakan nama KUDQI dan MDQ sebagai satu isu kerana minat melampau mereka terhadap bolasepak. Artikel ini boleh dibaca di link ini.

Walaupun beliau mempunyai niat yang baik untuk menegur sahabat-sahabat kita di Mesir yang terlampau meminati sukan bolasepak, namun uslub teguran sebegitu tidaklah sepatutnya dipamerkan pada umum. Apatah lagi apabila ia dikaitkan dengan nama Presiden PAS selaku penaung kepada kedua-dua institusi ilmu ini. Bukanlah salah kita menegur, tapi teguran itu perlulah di tempat yang sesuai. Seeloknya kita bermuhasabah sesama kita dahulu sebelum kita mempublishkan hasil karya kita di laman web. Jadi fikir-fikirkanlah setiap tindakan yang akan kita lakukan kerana mungkin dengan niat kita yang baik itu membawa implikasi yang buruk terhadap perjuangan islam. Muhasabah Menuju Kesempurnaan. Untuk membincangkan perkara ini dengan mendalam, layarilah forum MPMKUDQI.

1 ulasan:

bila terbaca tulisan ni,terkejut juga saya dibuatnya..tapi..bagi saya,elok la kita bersikap terbuka dalam hal ni..mungkin ada betulnya juga..walaubagaimanapun,saya bersetuju Spring_vespa 150,berkenaan kurang elok la kalau nk tegur
graduan KUDQI di TKO.Di baca oleh seluruh rakyat Maaysia! Kalau pihak penulis juga adalah ex-KUDQI,sepatutnya guna la cara yang lebih berhemah..sekarang ni pun pihak MPMKUDQI sudah ada blog sendiri,apa salahnya kalau isu ni di bawak berbincang sesama kita. mungkin ada pro dan kontra.. k,"Jati Akidah Pemangkin Kecemerlangan". ni moto MPMKUDQI. sama-sama la kita celikkan minda mahasiswa KUDQI.

Post a Comment