Sunday 8 June 2008

Mahasiswa KUDQI Ke Kem Anak Soleh


Lajnah hubungan luar MPMKUDQI telah menghantar beberapa orang mahasiswa ke Kem Anak Soleh ke-3 di Basung, Kuala Berang pada 5 hingga 7 Jun 2008. Ia berikutan permintaan pengarah kem tersebut Ustaz Azri Abdul Aziz yang memerlukan tenaga mahasiswa KUDQI untuk mengisi kekosongan unit pengisian kem tersebut. Seramai 9 orang mahasiswa dan 7 orang mahasiswi telah melibatkan diri. Pelbagai pengisian yang menceriakan telah diatur bagi teori dan praktikal solat, riadhah bermodul, "Jangan Pandang Belakang" (night walk), dan lain-lain lagi. Kem tersebut dirasmikan penutupnya pada pukul 2.00 petang hari Sabtu.

0 ulasan:

Post a Comment