Saturday 14 June 2008

Sabtu lalu telah diadakan muktamar agung Himpunan Mahasiswa Islam Terengganu (HISMAT) yang menyaksikan badan itu membuat satu anjakan yang agak besar dari menumpukan pentarbiyahan di sekolah sahaja kepada pembentukan gerakan mahasiswa yang lebih matang dan luas dalam usaha mengubah landskap politik negara.

Majlis yang dirasmikan oleh al-fadhil ustaz Ridhuan bin Hasyim selaku pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa Negeri Terengganu dihadiri kira-kira 150 orang peserta. Tanpa menggunakan perwakilan dan tiada sebarang perlantikan, majlis ini dilihat sebagai satu permulaan untuk membentuk HISMAT baru atau kini dikenali sebagai Gabungan Mahasiswa Islam Terengganu (GAMIT) yang lebih luas dalam mencampuri dan mengikuti senario politik semasa.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran al-fadhil Ustaz Ariffin Deraman selaku pengarah Bilik Gerakan Negeri yang memberikan taklimat kepada para peserta bagi menjalankan satu analisis PRU 12 di peringkat negeri. Turut disentuh oleh beliau adalah berkenaan dengan KUDQI yang telah mengeluarkan beberapa generasi namun penglibatan mereka di dalam parti masih terlalu mengecewakan berbanding penglibatan mereka sewaktu bergelar pelajar dan perkara ini sedikit sebanyak telah mengecewakan pimpinan parti. Beliau mengharapkan agar para lepasan pelajar KUDQI dapat memberikan lebih kesediaan untuk membantu PAS pada masa akan datang.
Untuk perbincangan lanjut,klik sini.

3 ulasan:

kalau boleh, dalam blog ni, KUDQI hanya tempat akademik yang cemerlang pada mata pembaca! untuk kebaikan bersama

x bleh jugak kalau nak tayang yang akademik je.. sekurang2nya biar la seimbang. Lagipun ingat x isu media indonesia m'hentam mahasiswa malaysia lembik kerana x mampu dan mebiarkan AUKU terus mengekang pelajar. So, tujuan blog ni adalah untuk membuka fikiran mahasiswa agar lebih matang dan mantop dalam bidang politik negara. Akademik insya-Allah akan diupdate dari semasa ke semasa.

hm.. ingatnye nak bgtahu isu2 smase ke sahabat2 luar negara.. nk bg hilang rindu tu.. tapi kalau letak yang ilmiyah pun bukannya baca, kadang2 tu, tengok tajuk jer dah komen.. bacer r dulu..

Post a Comment