Saturday 5 July 2008

Perlawanan Futsal, Majlis Khatam Al-Quran & BBQ Meriahkan Permulaan Cuti Semester II

Pihak pentadbiran KUDQI dibantu MPMKUDQI telah mengadakan perlawanan futsal di antara mahasiswa dan pensyarah, majlis khatam Al-Quran & BBQ pada hari Khamis, 3 Julai 2008 baru-baru ini. Ia diadakan sempena menyambut kesudahan peperiksaan semester II yang baru selesai berlangsung dan permulaan cuti akhir semester. Pada 5.30 petang hari tersebut, pensyarah dan mahasiswa mengadakan perlawanan futsal di gelanggang futsal Jeram,Manir. Selepas solat Maghrib,majlis khatam Al-Quran diadakan secara bergabung mahasiswa dan mahasiswi. dan diakhiri dengan membuat BBQ selepas solat Isya'. Turut hadir ialah Ustaz Kamaruzzaman Abdullah timbalan pengarah hal ehwal pelajar KUDQI. Sebahagian besar mahasiswa dan mahasiswi telah memberi sambutan baik dengan menghadirkan diri dalam majlis ini dan masing-masing telah bergembira di sepanjang majlis ini. Semoga cuti dan sesi pengajian semester akan datang diberkati oleh Allah s.w.t.

0 ulasan:

Post a Comment