Tuesday 26 August 2008

Tamrin Siyasi 08'





Masjid Chendering menjadi destinasi bagi program tamrin siyasi yang direncanakan khusus untuk tahun 3 . Pada asalnya program tersebut hendak dilaksanakan di hutan lipur lata belatan, namun atas masalah kos pengangkutan dan penginapan, program tersebut dipindahkan pelaksaannya di chendering. Walaubagaimanapun, program tersebut tetap mendapat sambutan oleh para peserta yang sentiasa beriltizam untuk menyerahkan jiwa raga mereka kepada perjuangan. Doakan agar mereka berjaya mencapai matlamat mereka.

Majlis tersebut dirasmikan oleh HEP KUDQI sendiri, al-fadhil ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Walaupun program ini dilihat lebih santai dari tamrin-tamrin lain, namun pihak panitia program mengharapkan agar para peserta dapat mengaplikasikan apa yang diperolehi itu dengan baik dalam kehidupan serta bersedia untuk mencurahkan segala yang diperolehi kepada masyarakat.

Antara pengisian-pengisian yang menarik pada program tersebut adalah pembentangan dari mantan HEP KUDQI yang cukup mantap dan jelas walaupun hanya mengambil masa yang sedikit, begitu juga dengan penerangan tentang amal jamaie oleh ustaz Riduan b. Hashim. Peserta juga diuji dengan kemampuan mereka merancang kehidupan selepas tamat belajar dari aspek pelaksanaan da’wah, keluarga, kewangan dan pendidikan. Masing-masing berjaya membuat pembentangan yang baik walaupun dalam masa yang singkat.

Tamrin tersebut berakhir pada hari sabtu, 23 hb Ogos yang dirasmikan penutupnya oleh YB al-fadhil Dato’ Ustaz Hj Harun b. Taib.

0 ulasan:

Post a Comment