Saturday 13 September 2008

Patah Tumbuh Hilang Berganti


14-15 hb September 2008 iaitu pada hari ini dan esok akan menyaksikan temuduqa pelajar baru ke KUDQI. Mereka datang dengan semangat baru demi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan senior mereka yang belum sempat mereka mesrai.

Dijangkakan akan berlaku kemasukan yang agak ramai dari adik Ma'had Darul Quran pada tahun ini akibat daripada tertutupnya beberapa pintu muadalah antara ma'had itu dan jamiah luar negara. Walaubagaimanapun, kami di sini tetap akan berusaha sebaik mungkin untuk menyediakan antum persekitaran yang selesa demi menjamin suasana pembelajaran yang tenteram.

Kami harapkan antum semua berjaya dalam muqabalah ringkas ini. Seeru ala barakaatiLlah.

0 ulasan:

Post a Comment