Wednesday 22 July 2009

Natijah Bagi Pelajar Tahun 3

Kubang Lembek, 23 Julai - Penuntut tahun akhir Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah mula membanjiri pejabat pentadbiran KUDQI untuk mengambil natijah masing-masing. Rata-rata mereka ditemui mengucapkan syukur kepada Allah kerana tahun ini tiada lagi semester ulangan yang juga membawa maksud tiada lagi mereka yang gagal 3 subjek ke atas.

Bagi yang gagal 2 subjek ke bawah, peperiksaan tasfiyyah akan diadakan pada 26hb Julai ini. Manakala bagi yang berjaya mula menumpukan profesion masing-masing samada di rumah atau di tempat lain.

0 ulasan:

Post a Comment