Monday 17 August 2009

3 Program Dalam Seminggu

Pada tahun ini MPM dan HESIS khususnya terpaksa bekerja keras untuk bersama-sama membantu pihak pentadbiran melaksanakan beberapa tugas bagi kelancaran program yang dirancangkan.



Antara program itu ialah Tamrin Tahun 3 siri 6, konvokesyen kali ke-7 dan Seminar Fiqh Semasa kali pertama. Tamrin Tahun 3 diadakan pada 10 hingga 13 Ogos 2009, iaitu hari Isnin hingga Khamis, Konvokesyen pula pada 14 Ogos 2009 bersamaan hari Jumaat dan Seminar Fiqh Semasa pada 15 Ogos 2009, iaitu hari Sabtu.



Alhamdulillah, segala kerja dapat diselesaikan dengan baik di samping mendapat kerjasama, bantuan dan sokongan daripada para mahasiswa KUDQI.



Sesungguhnya, kerjasama dan sokongan yang padu daripada semua pihak amatlah penting bagi melaksanakan sesuatu kerja supaya program yang dirancangkan berjalan dengan lancar dan jayanya.



Terima kasih kepada antum semua yang banyak membantu. Semoga segala jasa baik antum, Allah sahaja yang balas dengan balasan yang baik.




فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَه (٧)




7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

[Al-Zalzalah]



0 ulasan:

Post a Comment