Tuesday 2 February 2010

Puan Nailah Meninggal Dunia



Bukit Tunggal, 3 Februari 2010 : Pegawai Kewangan KUDQI telah meninggal dunia di kediaman beliau kira-kira jam 9.45 malam tadi. Kematian beliau disahkan dan dimaklumkan oleh anak sulung beliau.

Puan Nailah Harun menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah koma dari petang tadi akibat dari serangan kanser payudara.

Beliau pulang ke rumahnya Selasa lalu setelah menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Solat jenazah almarhumah akan diadakan pada pukul 9 pagi ini di rumahnya. Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah kepada ruh beliau dan mendoakan agar ruhnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Gambar dari mgcgroup.blogspot.com

0 ulasan:

Post a Comment