Wednesday 21 July 2010

Majlis Kutipan Dana



MPMKUDQI menjemput semua yg ade kesempatan utk menyertai Majlis Kutipan Dana Makan Malam bersama Presiden Pas, Ketua Dewan Ulama, Pengarah KUDQI dan Ketua Pemuda Hulu Terengganu(HEP KUDQI)terutamanya kepada bekas-bekas pelajar KUDQI bermula dari sejak KUDQI ditubuhkan. Pada program ini juga akan dijemput semua ahli Lembaga Pengarah KUDQI dan semua Pensyarah KUDQI jadi dapatlah kita berkenal-kenalan dengan Pensyarah-pensyarah yang baru dan lama dan bekas-bekas pelajar KUDQI.

Tujuan progam ini dibuat bagi menampung kebajikan para mahasiswa KUDQI serta beberapa program yang kami akan buat sebelum mesyuarat agung pada bulan 12 nanti dan juga untuk MPMKUDQI akan datang.

Program jamuan makan malam bersama Presiden PAS ini akan berlangsung pada :

Tarikh : 23 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9 malam
Tempat : Restoran Suriya Rasa Rusila, Marang, Terengganu.

Kupon dijual bermula dengan harga RM50 untuk satu kerusi dan RM200 untuk semeja dan bagi sesiapa yang berminat untuk makan dan duduk bersama Tuan Presiden, harga bagi satu kerusi VIP ialah RM250..Tempat duduk dan tempahan masih dibuka lagi.

untuk makluman lanjut boleh berhubung dengan Mohd Khair Shamsuddin 014-5077281 (Presiden MPMKUDQI).



“Wahai orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik dan sebahagian daripada apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu, kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa terpuji.” (Al-Baqarah ayat 267)

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya.” (Al-Imran ayat 92)

“Katakanlah wahai Muhammad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” (Saba’ – 39).

“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)

0 ulasan:

Post a Comment