Wednesday 11 January 2012

Gotong-royong Meriah

KUBANG LEMBEK, 12 Januari – Satu gotong-royong perdana membersih kawasan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI, itu bagi membersih dan mengemas tempat yang telah ditetapkan oleh lujnah tersebut. Ianya bertujuan bagi menceriakan lagi kawasan persekitaran dan juga asrama kediaman para pelajar serta bangunan kompleks pengajian yang meliputi pejabat, dewan kuliah, dewan besar dan lain-lain.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Al-fadhil Usttaz Kamaruzaman Abdullah yang merupakan penasihat kepada MPMKUDQI dan juga Timbalan Pengarah 2, merangkap Hal Ehwal Pelajar KUDQI. Beliau yang memberikan sedikit ucapan dan beberapa kata nasihat serta peringatan supaya para pelajar terus menjaga tingkah laku dan perbuatan agar ianya selari dengan kita selaku pelajar yang menuntut agama Allah.

Dan seterusnya beliau memberikan taklimat berkaitan pembahagian tugas serta tempat yang telah ditetapkan yang menjadi kawasan yang harus diambil perhatian agar semuanya nampak bersih dan ceria berjalan. Sehubungan itu, pengerusi Lujnah Kebajikan menyatakan bahawa beliau cukup berpuas hati dan mengharapkan program sebegini akan menjadi rutin kepada seluruh mahasiswa/wi supaya persekitaran kita akan senantiasa tampak baik dan ceria. Program yang berakhir kira-kira jam 11.30 pagi itu diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.








Al-fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah


p/s : Gambar lain boleh layari fb mpmkudqi.

0 ulasan:

Post a Comment