Tuesday 4 March 2008

gerak kerja lajnah

LAJNAH TARBIYYAH
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Menjadikan usrah sebagai satu wadah dalam memantapkan ilmu siswa/i.
- Menganjurkan qiamullail bersama imam jemputan dari kalangan pensyarah KUDQI.
- Menimbulkan suasana ilmu dengan mengadakan kuliah Subuh (400 Soal Jawab
Perkahwinan) dan kuliah Asar (Bahrul Maazi).
- Mewujudkan peti soalan yang berkaitan masalah Fiqh, Aqidah dan lain-lain.
- Mewujudkan Majlis Nuqoba’ demi melancarkan kegiatan usrah di KUDQI


LAJNAH AKADEMIK
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Telah mengadakan Program Motivasi Cemerlang Imtihan.
- Akan mengadakan program Debat antara Fakulti
- Menguruskan Pendaftaran calon-calon SPM.
- Menyediakan tuisyen SPM dengan bayaran RM 120 bagi satu sesi.
- Menjual buku-buku ilmiah.
- Akan melaksanakan Kempen Berbahasa Arab.
- Akan Melancarkan Kempen Khatam Quran.
- Akan Melancarkan Kempen Satu Minggu Satu Buku.
- Mempromosi buku-buku ilmiah yang terbaru setiap minggu.
- Bertanggungjawab dalam penyeliaan Maktabah KUDQI.


LAJNAH EKONOMI
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Memajukan koperasi pusat dan cawangannya di hostel.
- Menyediakan ruang kepada mana-mana siswa/i yang ingin menjual barang
- Menyediakan Top up Credit bagi siswa/i.
- Akan mengadakan Majlis pengenalan HPA.
- Mempromosi barang jualan dengan mengadakan seminggu bersama Ekonomi
- Melancarkan keahlian koperasi dengan cara memiliki kad MyKoperasi


LAJNAH INFORMASI
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Mengoperasikan Nadi Komputer kepada siswa/i yang ada kemudahan komputer.
- Sedang merancang untuk menaiktarafkan Nadi Komputer sekarang kepada Cyber Cafe.
- Mengadakan pertandingan Sayembara Kreatif
- Akan mengadakan pameran perkakasan komputer.
- Menyediakan khidmat format komputer
- Menerbitkan Tinta Siswa
- Menampal info-info dan isu-isu terkini.


LAJNAH KEBAJIKAN
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Memastikan kebajikan siswa/i terjamin.
- Menjadi suara mahasiswa dalam perkara yang berkaitan dengan pembangunan KUDQI.
- Telah menganjurkan Kempen Kebersihan dan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan.
- Bekerjasama dengan Lajnah Hubungan Luar dalam program Bakti Siswa.
- Akan mengadakan Gotong Royong Perdana.
- Akan mengadakan Seminar Kesihatan.


LAJNAH HUBUNGAN LUAR
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Akan menganjurkan Rehlah Thaqafiyyah ke lima negeri Pakatan Rakyat, anjuran
bersama Lajnah Sukan dan Kebudayaan.
- Menguruskan pinjaman tenaga fasilitator dari KUDQI ke luar.
- Akan menganjurkan Program Akademi Pra Kepimpinan.
- Menjalinkan hubungan dua hala antara IPT-IPT.
- Akan menganjurkan program Bakti Siswa.


LAJNAH SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Butiran Aktiviti Dan Perancangan Tahunan :

- Akan menganjurkan Rehlah Thaqafiyyah ke lima negeri Pakatan Rakyat, anjuran
bersama Lajnah Hubungan Luar.
- Akan mengadakan Minggu Kokurikulum.
- Menguruskan pasukan bolasepak KUDQI
- Mengatur perlawanan ukhuwwah dengan masyarakat setempat.
- Menghantar wakil sebagai urusetia untuk setiap program sukan DUN dan Kawasan.
- Menyelia alatan sukan KUDQI

0 ulasan:

Post a Comment