Sunday 6 April 2008

KURSUS INTENSIF QIADI


KURSUS INTENSIF QIADI
Tarikh : 3, 4 & 5 April 2008
Hari : Khamis, Jumaat, Sabtu
Sasaran: Nuqaba’, naqibat dan ahli jawatankuasa tertinggi lajnah & unit.

Kursus Intensif Qiadi adalah bertujuan untuk memberi pengenalan dan pengetahuan kepada AJK tertinggi lajnah dan unit untuk lebih efisyen dalam menjalankan tugas. Mungkin agak terlewat dari tarikh asal kerana terpaksa memberi laluan kepada Pilihanraya Umum yang ke-12 baru-baru ini, pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa tetap memutuskan untuk meneruskan program ini memandangkan keperluan jawatankuasa yang cekap dan efisyen amat-amat diperlukan bagi mengampuhkan lagi kekuatan MPM itu sendiri. Majlis dirasmikan oleh pemangku HEP, al-fadhil Ustaz Kamaruzzaman Abdullah. Kursus ini memberi penekanan tentang kaedah menguruskan sebuah persatuan seperti pengurusan mesyuarat, surat menyurat, kewangan dan juga usrah. Kaedah pengucapan umum dan praktikalnya juga diihat amat membantu peserta untuk tampil lebih berkeyakinan untuk berucap.klik disini untuk ke galeri mpm..











1 ulasan:

salam...bagus la dah ade blog ni,semoga tuhan permudahkan segala urusan sahabat2 KUDQI..

Post a Comment