Wednesday, 30 April 2008

Ayat-Ayat Cinta

Bagi yang sudah membaca novel karangan novelis terkenal Indonesia ini pasti akan mengetahui keindahan cinta yang dipaparkan di dalam kisah Fahri dan empat muslimah yang merebut cintanya. Terbaru, keluar pula filem tentang kisah cinta berteras syara’ itu. Saya juga tidak mahu terlepas peluang untuk menontonnya. Cerita yang saya dapat dari seorang teman yang baru pulang dari Indonesia dua minggu lepas boleh dikatakan agak menarik juga kerana berjaya mengingatkan kembali tentang plot-plot yang disusun indah dalam novel tersebut. Walaupun pada awalnya saya sangka akan mendapat lebih baik dari itu ataupun secara mudahnya lebih syar’ie dari itu.

Namun, filem tetap filem. Semuanya nampak bahagia, indah, cantik, dan baik-baik saja. Hinggakan kesannya kepada kehidupan kita sekarang menyebabkan semuanya ingin bercinta secara syar’ie sehingga saya yang menjadi pengarah Program Debat Perdana Antara Fakulti telah menerima tajuk yang amat berkait rapat saya kira dengan kisah yang dipaparkan dalam Ayat-Ayat Cinta iaitu muslimah merebut cinta muslim.

Bagi saya, teladan yang sepatutnya pelajar agama seperti kita semua ambil dari novel atau filem ini adalah ketika si soleh Fahri mengungkapkan “tiada pacaran dalam Islam” sewaktu ditanya oleh gadis kacukan Turki-Jerman, Aisya tentang Maria. Hakikatnya di dunia saya sekarang, masing-masing asyik dengan handphone dengan jejari yang bergerak pantas menekan kekunci menaip kata rindu, ucapan selamat, makan tak lagi? dan berbagai-bagai soalan yang kadang-kadang tak masuk akal. Harapan saya tiada dari kalangan yang menggunakan istilah papa & mama sebelum mereka bernikah kerana istilah itu cukup memualkan(panggilan yang popular dikalangan remaja-remaja yang bercinta sekarang).

Kajian yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) mendapati bahawa hampir 80% pasangan yang berkahwin dan bercerai selepas melalui alam pernikahan selama 1 hingga 2 tahun adalah mereka yang telah lama bercinta sebelum kahwin. Jadi benarlah jika orang berkata bahawa bercinta selepas kahwin insyaAllah menjadi lebih indah jika dasar perkahwinan itu kerana Allah tambahan dengan berkah dari Allah kerana kesabaran kita dari menjebakkan diri ke lembah haram.

“Islam itu sesuai dengan setiap tempat dan zaman”, satu ungkapan yang sudah diketahui umum. Tapi dalam keadaan tidak sedar, kita sendiri menolak ungkapan tersebut dengan mencemuh orang yang menasihati hubungan kita itu. Terkadang, kita mentertawakan orang yang masih tidak berpacar kerana kita sudah punya. Tanpa kita sedar, kita telah merobek kehebatan Islam itu.

Bercinta itu tidak salah tetapi pastikan ianya berada dalam urutan aulawiyyat yang betul. Cintakan Allah dan Rasulnya, cintakan ibu bapa dengan menunaikan amanah mereka tanpa membazirkan wang mereka dalam menanggung kita belajar tanpa kesungguhan, cintakan ilmu dan ulama’ dengan mendalami ilmu dan mengamalkannya, cintakan diri sendiri dengan tidak melakukan maksiat dan berulah berfikir untuk bercinta.

Wallahu ’alam.

1 ulasan:

Salam,ana pun dah bac baca novel ni.Memang rugi kalau sesapa yang tak baca lagi novel ni.Ana ni jenis yang tak berapa minat baca novel,tapi bila kawan ana (Riduan la) duk promosi ngat,ana pun baca la..dari sehelai ke sehelai,dari satu tajuk ke satu tajuk, ana rasa tak puas baca!!emang betul2 best!! tak percaye???bleh bacesendiri la..em..novel ni l yang buat ana insaf main bercinta-cinta ni...eleh...bercinta konon..ana sokong penuh la pandangan SpringV_150,memang ramai sangat pelajar kita duk hanyut dengan dunia remaja ni...insaf-insaf la..em...bila korang bace novel ni..insyaallah korang bleh berubah sedikit dami sedikit..

Post a Comment