Wednesday 4 June 2008

Majlis Penyampaian Hadiah Tiga Lajnah Meriah!!

Baru–baru ini, Lajnah Sukan Dan Kebudayaan telah mengadakan majlis penyampaian hadiah Minggu Sukan pada 28 Mei 2008. Tiga lajnah yang lain turut menyampaikan hadiah pada hari dan majlis yang sama, iaitu Lajnah Informasi untuk pertandingan Sayembara Kreatif, Lajnah Ekonomi untuk SBE (Semingu Bersama Ekonomi) dan Lajnah Akademik bagi pertandingan Debat Perdana Antara Fakulti.

Minggu Sukan didominasi oleh lajnah penganjur sendiri dengan menjadi johan secara keseluruhan. Manakala bagi Sayembara Kreatif, johan keseluruhan dimenangi oleh kelas 3 Syariah. Pertandingan Debat Perdana Antara Fakulti pula menyaksikan kemenangan berpihak kepada fakulti Syariah selaku pencadang dan diketuai oleh saudara Sabri bin Mamat.

Pihak MPMKUDQI mengucapkan syabas kepada lajnah-lajnah yang terlibat dalam menjayakan Minggu Sukan dan Kebudayaan ini.

Walaupun menghadapi masalah kesuntukan masa, majlis tetap dapat disempurnakan. Ucapan disampaikan oleh presiden MPMKUDQI dan ustaz Ismail Osman, pendaftar KUDQI. Semua mahasiswa bergembira dengan hadiah-hadiah yang diberi.

0 ulasan:

Post a Comment