Wednesday, 4 June 2008

DEPAF 08’ : Pakatan Rakyat Dalam Menentukan Masa Depan Malaysia



Lajnah Akademik MPMKUDQI telah mengadakan program Debat Perdana Antara Fakulti (DEPAF 08’) yang menyaksikan kehebatan hujah wakil-wakil fakulti. Bagi fakulti Syariah yang menjadi pencadang kepada debat kali ini diketuai oleh saudara Sabri bin Mamat. Saudari Umi Saadah binti Aziz, Nurussyifa’ Hakimah binti Md Zawawi masing-masing sebagai pencadang yang kedua dan ketiga.



Manakala di pihak Usuluddin pula dibarisi oleh Saudara Yunus Zainal Abidin selaku ketua pembangkang, Hilman Hisyam Hasyim, Zaida Zainal Abidin dan Nan Nurul Zahra’ selaku simpanan. Pemilihan tajuk “Pakatan Rakyat Dalam Menentukan Masa Depan Malaysia” sebagai satu inisiatif pihak penganjur untuk melahirkan mahasiswa yang punya pandangan kritis dalam berpolitik dan tidak hanya taklid kosong semata-mata.



Pengarah DEPAF ’08 mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar atas sambutan yang begitu menggalakkan. Beliau juga menyatakan perancangan untuk menganjurkan debat ala parlimen untuk sesi akan datang, “mungkin sebagai persediaan awal untuk mahasiswa KUDQI menguasai Parlimen” katanya berseloroh.

0 ulasan:

Post a Comment