Tuesday 3 June 2008

Minggu Sukan dan Kebudayaan



Minggu Sukan dan Kebudayaan berlangsung dengan meriah. Acara-acara yang dipertandingkan adalah street soccer, badminton, pingpong, sepak takraw dan bola ria. Sambutan dari para pelajar juga amat memberangsangkan. Manakala di pihak muslimat pula tidak kurang meriahnya dengan acara-acara sukaneka dewan, bola jarring, pertandingan gubahan kreatif dan acara pentas.

Pengarah minggu sukan kali ini, saudara Abdul Hadi Mohd menyatakan rasa syukurnya kerana komitmen yang diberikan oleh semua pihak dalam menjayakan Minggu Sukan dan Kebudayaan pada tahun ini. Katanya lagi “hadiah-hadiah yang disediakan juga amat menarik terutama untuk kategori Pemain Harapan dan Pemain Terbaik Kejohanan”

Pihak MPMKUDQI mengucapkan syabas kepada pihak penganjur kerana berjaya menjadikan minggu sukan kali ini sebagai minggu yang melahirkan semangat persaudaraan sesama ahli.klik disini untuk ke galeri mpm



0 ulasan:

Post a Comment