Saturday 11 October 2008

Datuk Shah Rukh?

Bakal Datuk..



Panglima TLDM, Shah Rukh terima gelaran Datuk Wira, Datuk

MELAKA: Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Datuk Abdul Aziz Jaafar dan artis Bollywood, Shah Rukh Khan adalah antara 758 pemerima anugerah dan pingat sempena Harijadi Yang Dipertua Negeri Melaka yang ke-70, esok.
Aziz menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira manakala Shah Rukh menerima Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Sumber di sini

Sungguh aneh tatkala membaca berita ini. Begitu banyak perkara yang bermain di fikiran dan amat memerlukan jawapan. Terkadang terpalit juga sedikit rasa malu untuk menerima hakikat bahawa "hero hindustan" yang digilai ramai suatu ketika dulu berupaya membuka hati pemerintah negeri Melaka yang suatu ketika dahulu pernah terkenal dengan permulaan penyebaran da'wah Islam di Tanah Melayu.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob mungkin begitu berterima kasih kepada Shah Rukh Khan yang berjaya mempromosikan negeri Melaka melalui lakonannya dalam filem 'One Two Ka Four' yang ditayangkan di sini pada tahun 2000.

Bayangkan betapa gigihnya Shah Rukh dalam mempromosikan Melaka hinggalah Tun Mohd Khalil Yaakob berkenan untuk menganugerahkan darjat kebesaran itu kepada beliau. Namun ini adalah kemungkinan sahaja. Bukanlah satu fakta yang boleh diambil secara melulu. Saya hanya sekadar meneka.

Walau apapun penyebabnya, yang pasti situasi di Malaysia sudah mula merasai kesan daripada tusukan jarum Yahudi yang memasukkan hedonisme ke dalam negara ini lama dahulu. Ini kenyataannya, lihat saja pada mana-mana media tv dari Tv1 hingga ke Tv9, dari radio RTM hingga ke Hot fm, semuanya mengajukan hiburan melebihi segala-galanya.

Bahkan suasana Syawal kini kian suram dari budaya ziarah mengziarahi dek kerana asyiknya rakyat Malaysia Islam mengadap benda 'yang berpetak' dan benda 'yang bersuara' itu. Kita terdidik begitu sebenarnya.

Walau apapun keputusannya, saya selaku seorang pelajar Kolej Islam ini, tidak akan dan pernah bersetuju dengan penganugerahan Datok kepada 'hero hindustan' ini.

Sama-sama ada akal, sama-sama kena fikir.
Seeru Ala BarakaatiLlah.

0 ulasan:

Post a Comment