Friday 31 October 2008

Kuliah Subuh Kembali Aktif!

Setelah sekian lama musolla KUDQI menyepi dari aktiviti kuliah yang dulunya diaktifkan oleh ustaz Ridzuan Mohd yang juga pengerusi lajnah Tarbiyyah MPMKUDQI. Kini kuliah selepas solat Subuh bakal menjadi lebih meriah dengan kehadiran pengkuliah-pengkuliah yang menyatakan minat untuk mengisi slot pagi itu.

Antara pengkuliah yang bakal memeriahkan suasana ilmu di musolla KUDQI itu ialah :

  • Mohd Ridhuan b. Abdul Karim - Tafsir al-Azhar- Isnin.
  • Mohd Ikram b. Ishak - Ayyuhal Walad - Selasa.
  • Mohd Sabri b. Mamat - Fiqh Sirah - Rabu.
  • Saifuddin b. Asyari - Bahrul Maazi - Khamis.
Manakala pengisian selepas solat Zohor pula masih lagi di dalam proses pengemaskinian. Mengikut perancangan lajnah Tarbiyyah MPMKUDQI, mereka menetapkan untuk menjadikan tazkirah selepas solat Zohor sebagai satu kelaziman kepada semua pelajar tanpa berkecuali. Kata pengerusinya lagi, lajnah Tarbiyyah dalam proses menyusun jadual tazkirah tersebut. Kitab yang akan digunakan pada tazkirah itu ialah, Matan al-Arbaien an-Nawawiyyah.

MPMKUDQI melalui Presidennya mengharapkan agar dengan adanya program sebegini akan dapat memupuk semangat cintakan ilmu dan melatih pelajar-pelajar dalam mengolah ilmu yang ada sebagai satu persediaan sebelum terjun ke dalam masyarakat nanti. Semoga tahun ini dapat menjadi tahun yang menjulang thaqafah, menjana tarbiyyah dalam menuju keredhaan Allah.

0 ulasan:

Post a Comment