Friday 7 November 2008

Belasungkawa Ahmad Aduka Alias


Allahyarham Aduka, dua dari kanan.

Kami dari Majlis Perwakilan Pelajar KUDQI mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Ahmad Aduka Alias atas pemergian beliau ke rahmatuLlah Selasa lalu. Arwah yang belajar di tahun dua kuliah Usuluddin meninggal dunia akibat kemalangan di kampung Tualang, Manir.

Allahyarham mengalami kecederaan dalaman yang agak serius akibat dari hentakan di tiang berhampiran tempat kejadian. Pihak KUDQI mengambil tanggungjawab menanggung kos-kos membabitkan urusan pengebumian. Ketika ditanya sahabat-sahabat yang mengenali beliau mengakui bahawa beliau merupakan seorang yang mudah mesra dan tidak lokek untuk memberikan kerjasama.

"Jika mengikut umurnya, beliau adalah antara yang tertua di kalangan kami. Namun beliau tidak mengalami sebarang masalah dalam mengikuti sebarang ketetapan yang digariskan sepanjang berada di KUDQI. Moga Rohnya dicucuri rahmat" Kata Presiden MPMKUDQI ketika ditanya tentang pengalaman beliau bersama Allahyarham.

Marilah sama-sama kita mengirimkan al-Fatihah dan memanjatkan doa moga Roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Ameen.

0 ulasan:

Post a Comment