Sunday 24 January 2010

Kebajikan: Gabungan Info & Tarbiyyah Belum Cukup Kuat!



Jeram, 23 Januari 2010: Futsal antara lajnah semalam memperlihatkan kehebatan pasukan Kebajikan yang rakus membaham lawannya, gabungan Informasi & Tarbiyyah. Menurut ketua pasukan Kebajikan, Ikhwan, pasukan mereka bermain dengan penuh yakin dan fokus dari awal permainan hinggalah tamat. Bagi mereka, tiada ruang yang patut diberi kepada pasukan lawan. Perlawanan itu menyaksikan Kebajikan menang besar. Walaubagaimanapun, keputusan penuh perlawanan diminta agar tidak dipaparkan bagi menjaga sensitiviti pihak tertentu.


Antara Pasukan Bertanding

Pasukan Info & Tarbiyyah yang turun selaku pasukan bukan pilihan pada awalnya tidak menjangkakan kemampuan pasukan mereka yang berjaya ke peringkat akhir perlawanan. Walaupun tidak menaruh harapan untuk ke peringkat akhir, bagi mereka ini adalah rezeki pasukan mereka berkat gabungan antara dua lajnah dan kerjasama yang baik di antara mereka. Turut bermain dengan pasukan ini adalah Presiden MPMKUDQI serta Setiausaha Agungnya yang turun selaku pemain jemputan.



Tempat ketiga kejohanan pula disandang oleh Lajnah Akademik yang menang ke atas pasukan IPA FC dengan kemenangan bergaya 5-1. Wakil IPA menyatakan bahawa kekalahan mereka berpunca kerana pasukan mereka tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang.

Sementara pasukan-pasukan lain juga menunjukkan persaingan sengit dalam merebut tempat dalam kejohanan kali ini. Walaubagaimanapun, tahun ini menyaksikan juara musim lalu Lajnah Sukan & Kebudayaan tewas awal. Kapten pasukan, Faris Ismail menyatakan pasukan ini mengalami masalah pengurusan pasukan dan turut melaungkan amaran kepada juara kali ini bahawa pasukannya akan bangkit tidak lama lagi.

Sumber dari Lajnah Sukan & Kebudayaan.

0 ulasan:

Post a Comment