Thursday 21 January 2010

Futsal Antara Lajnah 2010


Kubang Lembek, 21 Januari 2010: Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI menerusi Lajnah Kebudayaan dan Sukan akan menganjurkan pertandingan Futsal Antara Lajnah yang bakal menyaksikan 8 pasukan bertanding. Selain dari tujuh lajnah dari MPMKUDQI, 1 lagi pasukan adalah dari pelajar Institut Pengajian Azhar, Selangor.

Pengerusi Lajnah Sukan & Kebudayaan ketika ditemui berkata, tujuan penganjuran futsal kali ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara ahli jawatankuasa lajnah dan juga pelajar IPA yang bakal menduduki ujian tahun akhir di sini. Selain dari itu, pertandingan ini juga diharapkan dapat melepaskan tekanan peperiksaan yang makin hampir tidak lama lagi.

Harapan beliau kepada semua pasukan yang bertanding, semoga pertandingan kali ini bukan bermatlamatkan kemenangan semata-mata, bahkan turut berusaha untuk memenangi semangat ukhuwwah yang menjadi matlamat utama pihak penganjur.

Futsal Antara Lajnah bakal menemui anda Sabtu ini di ZAS Futsal, Jeram bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada 1 petang. Jangan ketinggalan untuk memeriahkan pertandingan Futsal Antara Lajnah itu nanti.

0 ulasan:

Post a Comment