Monday 18 January 2010

Hari Tarbiah

Kubang Lembek, 18 Januari 2010 : MPMKUDQI hari ini telah menjayakan satu lagi program mingguan yang telah dilancarkan oleh HEP KUDQI, ustaz Kamaruzzaman Abdullah pada baru-baru ini. Isnin bakal dijadikan sebagai hari yang bertemakan tarbiyyah.

Antara acara yang dijalankan pada hari ini adalah puasa sunat, iftar jamaie dan solat hajat bersempena dengan hari peperiksaan tidak lama lagi. Lajnah Tarbiyyah selaku pengelola program ini telah mengambil inisiatif terbaik untuk memastikan semua pelajar turut serta dalam program ini.

Wakil Lajnah Tarbiyyah ketika ditemui menyatakan, solat hajat ini juga adalah bertujuan untuk mendoakan kesihatan YB Dato' Haji Harun bin Taib yang sedang dirawat di HSNZ sejak dari minggu lepas lagi.

Majlis ini turut diserikan oleh kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Wan Shukhairi Wan Abdullah yang turut memberikan kata-kata semangat buat semua mahasiswa yang akan memulakan peperiksaan sedikit masa lagi. Beliau juga turut mengimami solat Isya' pada majlis itu.

0 ulasan:

Post a Comment