Saturday 27 February 2010

Menilai Kembali Niat (Semester Kedua)

Sempena pembukaan semester kedua bagi sesi 09/10 ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI mengucapkan ahlan wa sahlan wa marhaban bikum ila fatratis thaniah liddirasah dengan harapan agar sekalian mahasiswa dapat men'tajdid'kan semangat dan pasakkan keyakinan dan harapan seteguh-teguhnya untuk menjadi Mukmin berjaya.

Mengambil intipati hadith pertama dari kitab Al-Arbaien An-Nawawiyyah, segala-galanya pasti akan bermula dengan niat sebagaimana sabda Rasullullah s.a.w :

"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat, sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikejarnya atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kerana faktor penghijrahannya itu."

Maka MPMKUDQI menyeru kepada semua mahasiswa agar dapat menilai kembali apakah niat sebenar kaki kita menginjak lantai ilmu di KUDQI ini kerana hanya berdasarkan niat, kita akan mendapat keredhaan Allah dan kerana niat juga kita tidak akan mendapat apa-apa dari jihad ilmu yang mulia ini.

Pastikan niat kita jelas iaitu mahu mengabdikan diri kepada Allah bukan sekadar pengabdian di atas tikar sembahyang semata-mata bahkan ianya meluas hingga dapat menyebarluaskan agama Islam melalui dakwah dari setiap jalan yang ada. Jangan sesekali sempitkan agama Islam dengan niat mahu belajar semata-mata atau jangan menyempitkannya dengan ritual keagamaan semata-mata.

Jadilah Mukmin yang membawa Islam ke setiap sudut agar Islam kembali menjadi perhatian dunia agar kata-kata yang diungkapkan oleh pemuka-pemuka Parsi kepada tentera elit bimbingan Pedang Allah Khalid Al-Walid.

"...kejutan yang datang dari gurun yang dihuni oleh mereka yang tidak bertamadun (bangsa Arab) yang pada mereka tidak punya kelengkapan persenjataan yang setanding dengan kita(Parsi) telah mengalahkan 3 ketumbukan tentera terhebat kita, membunuh panglima kita yang punya nilai 100 000 dirham seorang. Sesungguhnya Islam telah merubah mereka menjadi begini, Islam telah merubah mereka menjadi begini..."

Dengan Islam, kita pasti akan dipandang mulia dan dengan meninggalkan Islam juga, kehinaan pasti akan datang menimpa kepala-kepala kita. Kita punya dua pilihan, redha Allah dan murkaNya.

Omar Abu Dardak bin Suhaimi
Setiausaha Agung MPMKUDQI

0 ulasan:

Post a Comment