Sunday 14 February 2010

Selamat Pengantin Baru



Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Darul Quran Islamiyyah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudari Tengku Farhana binti Tengku Ahmad dan pasangannya putera keempat Pendaftar KUDQI, Ahmad Najib bin Ismail serta saudari Umi Atikah binti Azis dan pasangannya saudara Zulkifli bin Musa atas perkahwinan yang bakal dilangsungkan pada tarikh yang serentak iaitu 20hb Februari 2010.

Selamat pengantin baru diucapkan buat kedua-dua pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga ini, semoga berkekalan bukan hanya ke anak cucu tetapi hingga ke syurga jua hendaknya. Kami dari saff kepimpinan MPMKUDQI sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan ini, semoga sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.

Ikatan ini biarlah untuk Islam
Kerana Islam cinta akan indah
Kerana Islam hati tiada gundah
Kerana Islam itu dari Allah

Selamat pengantin baru, semoga kekal ke Firdaus.

0 ulasan:

Post a Comment