Sunday 14 February 2010

Selamat Pulang Mahasiswa




Kubang Lembek, 7 Februari 2010 : Selepas menjalani Tamrin Umum selama 3 hari, mahasiswa KUDQI mula pulang ke rumah masing-masing bagi menghabiskan waktu cuti selama 3 minggu ini.

Namun, dalam keghairahan kebanyakan mahasiswa untuk pulang ke rumah masing-masing, ada juga yang memilih untuk tidak berbuat demikian atas sebab bekerja sepanjang tempoh cuti ini. Kebanyakan mereka adalah dari luar Terengganu.

Presiden MPMKUDQI berkata, cuti kali ini biarlah ianya menjadi medan buat kita semua agar masyarakat dapat menilai bahawa KUDQI merupakan kolej yang masih lagi mampu menghasilkan produk-produk yang diperlukan masyarakat melalui mahasiswa yang akan mencurahkan dakwah melalui sikap, penampilan dan perbuatan sepanjang berada di rumah. Semoga kita semua bakal menjadi contoh terbaik di kampung masing-masing.

KUDQI akan dibuka semula pada 1 hb Mac 2010.

0 ulasan:

Post a Comment