Sunday 14 February 2010

MPMKUDQI Mengutuk Jenayah Pembuangan Bayi



Kuala Lumpur, 15 Februari 2010 : Kes pembuangan bayi semakin kerap kedengaran sejak akhir-akhir ini. Terbaru, satu lagi kes pembunuhan melibatkan nyawa anak kecil yang tidak berdosa itu berlaku di Kuala Krai, bukan hanya dibuang di dalam tong sampah, bahkan ianya turut dibakar hingga mengakibatkan kaki terpisah dari badan. Rujuk berita di sini.

Presiden MPMKUDQI, Ustaz Khir Shamsudin, menegaskan bahawa Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan jenayah yang tidak berperikemanusiaan itu. Katanya lagi, tindakan membuang bayi dan membakarnya bagi menghapuskan bukti adalah tindakan yang hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak berfikir dengan waras dan tidak mempercayai bahawa Allah itu ada dan bakal mengadili segala amal perbuatan manusia.

Tindakan yang liar seumpama itu hanya akan dapat dikawal bilamana manusia merasakan wujudnya Allah dan adanya perhitungan amalan yang bakal dibalasi samada dengan balasan yang baik atau buruk. Maka jadikanlah Islam sebagai jalan penyelesaian.

Gambar, ehsan dari Berita Harian

0 ulasan:

Post a Comment