Wednesday 17 February 2010

Presiden PAS Jadi Wira

Rusila, 17 Februari 2010 : Presiden PAS selayaknya digelar hero selepas tindakannya menyelamatkan bukan hanya aqidah ummat Islam bahkan pada 14 Februari lalu, beliau bersama-sama 2 orang anak lelaki dan seorang menantu yang kebetulan sedang berehat sambil memancing di Pantai Rusila menyelamatkan seorang mangsa lemas.

Menurut satu sumber, wanita yang mengadu bahawa ada orang lemas setelah melihat TGHH ingin turun ke laut bagi menyelamatkan mangsa lemas itu, beliau seperti menghalang memandangkan TGHH merupakan orang nombor satu dalam Parti Islam SeMalaysia kerana khuatir sesuatu yang buruk bakal menimpa beliau sama.

Tetapi demi nyawa manusia yang lebih penting itu, TGHH terus terjun ke laut bersama dua orang anak lelakinya Ustaz Khalil dan Abdul Rahman bagi menyelamatkan mangsa yang di kenali sebagai Pak Mat 'Jaga' itu.

Kami dari MPMKUDQI mengucapkan syabas dan tahniah atas keperwiraan Tuan Guru Presiden yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Chik di kalangan penduduk sekitar.

0 ulasan:

Post a Comment