Thursday, 18 March 2010

Kursus Latihan Kepimpinan & Pengurusan 2010

Chendering, 13 Mac 2010 : Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI telah menamatkan kursus Latihan Kepimpinan dan Pengurusan yang berlangsung selama 3 hari di Masjid dan Pasti Al- Furqan.

Kursus yang diadakan khusus untuk kepimpinan KUDQI ini menekankan beberapa aspek yang dilihat amat-amat diperlukan pimpinan era baru ini. Selain berusaha untuk membuka parachute pemikiran, ianya juga turut menekankan aspek keutuhan ukhwah dan persaudaraan yang menjadi nadi penting keberkesanan sesebuah pertubuhan.

Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa puas hati terutamanya objektif seperti ukhwah yang erat dilihat amat berjaya. Presiden MPMKUDQI, Mohd Khair Shamsudin ketika ditemui berkata, tanggungjawab yang diberikan ini merupakan satu amanah dari Allah. Andai kita memilih untuk mengkhianati amanah ini, maka balasan Allah itu amatlah pedih. Justeru beliau memberi penekanan kepada semua Exco agar dapat menjalankan amanah masing-masing dengan penuh komitmen dan tanggungjawab.

Antara yang menarik pada program itu adalah latihan ala tentera, modul pembinaan masjid dan negara, menterjemah pantun dan pembentangan-pembentangan yang disampaikan oleh aktivis-aktivis dakwah yang berpengalaman.

0 ulasan:

Post a Comment