Friday 19 March 2010

Sayembara Kreatif 2010


Klik Imej Untuk Paparan Lebih Besar

Kubang Lembek, 20 Mac 2010 : Majlis Perwakilan Mahasiswa melalui Lajnah Informasi telah melancarkan satu acara tahunannya iaitu Sayembara Kreatif yang bakal menghimpunkan segenap karya-karya pelajar.

Penasihat Eksekutif Lajnah, Mohd Khairul Kamaruddin ketika ditanya pihak kami semalam, panitia pertandingan berhasrat meluaskan lagi sasaran penyertaan iaitu turut mensasarkan pelajar lepasan KUDQI yang berminat mahu memasuki pertandingan ini agar suasananya tampak lebih meriah dan hangat.

Dengan menekankan aspek kreatif sebagai teras utama, pihak penganjur juga mahukan suatu karya yang rasional dan proaktif selari dengan kehendak massa dan mad'u. Justeru, peserta yang turut ingin menghangatkan lagi suasana pertandingan, dikehendaki agar meneliti kehendak arus perdana agar karya yang dihasilkan tidak out of date katanya lagi.

Berkarya untuk kemajuan Islam dilihat sebagai satu kekuatan yang jitu untuk penganjuran kali ini. Tarikh akhir program ini adalah pada 14 Mei 2010.

0 ulasan:

Post a Comment