Thursday 1 April 2010

Perkasakan Usrah Di Kolej

Kubang Lembek, 26 Mac 2010 : Resolusi yang dibuat dari peserta-peserta Tamrin Nuqoba' jelas memberikan bahawa mereka mula diresapi semangat yang bakal menggerakkan usrah di KUDQI setelah sekian lama menyepi dari kemanisan rasa berusrah sebenar.

Program anjuran Lajnah Tarbiyyah MPMKUDQI di bawah Unit Usrah dilihat sebagai penjana kepada kreativiti pembawaan dan peningkatan pengisian Usrah yang bakal dibawa. Walaupun hanya dibuat dua hari, namun ianya tidaklah menjadikan program ini sekadar menghabiskan bajet atau hanya memenuhkan kalendar.

Dengan misi besar iaitu menjayakan Usrah dan mahu menjadikannya sebagai satu wadah untuk meningkatkan kualiti pelajar-pelajar KUDQI, tidak keterlaluan jika dikatakan program ini boleh dikatakan berjaya jika melihat semangat dan kerjasama yang diberikan oleh peserta-peserta yang begitu komited mengambil sebanyak mungkin faedah yang diberikan dari program ini.

Wakil MPMKUDQI ketika ditemui berkata, jika Usrah ini difahami dengan sebenar-benarnya, maka tidak akan timbul lagi soal malas ke usrah dan jika nuqoba' yang diberi amanah itu kreatif dalam memberikan persembahan ilmunya, maka tidak mustahil soalan anak usrahnya adalah, "bila lagi nak buat usrah?".

2 ulasan:

usrah memainkan peranan yang sangat penting di dalam kita hendak menggerakkan sesebuah institusi Islam.

usrah pada mulanya telah dimulakan oleh baginda nabi s.a.w sehinggalah ni'mat Islam yang kita kecapi hari ini.

sebagai naqib usrah, apa yang perlu kita fahami ialah penilaian terhadap usrah yang dijalankan bukannya dapat dilihat dalam jangka waktu yang singkat malah ia akan memakan masa yang lama.

manakala usrah yang berkesan ialah dapat melahirkan anak usrah yang berkualiti daripada pelbagai sudut.

maka kesimpulan yang boleh dibuat ialah kita menghendaki "kualiti dan bukannya kuantiti" sebagaimana dijelaskan oleh syeikh dr. yusuf al-qaradawi di dalam kitabnya "fiqh al-awlawiyyat".

wallahu aklam.
www.abuaiman786.blogspot.com

syukran atas peringatan tu.. :)

Post a Comment