Saturday 17 April 2010

Cuti Pertengahan Semester

Kubang Lembek, 15 April 2010: Cuti pertengahan semester bagi Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah telah bermula selama satu minggu dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada 25 April 2010.

Cuti selama satu minggu ini diharapkan agar dapat diisi dengan baik oleh pelajar-pelajar, manfaatkan masa yang ada agar tiada anasir-anasir luar yang dapat menerobos masuk ke dalam jiwa kita lantas bertindak merosakkannya tanpa kita sedari, pesan Pengerusi Lajnah Hubungan Luar, saudara Ibnu Kathir Mohd Nor ketika ditemui baru-baru ini.

Berkenaan keselamatan dan mengelakkan berlakunya kecurian harta benda, pelajar-pelajar diingatkan agar mengosongkan kediaman dari segala barangan berharga kata Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan, saudara Ikhwan Azam. Pihaknya akan memantau asrama muslimin dan muslimat dari masa ke semasa sepanjang cuti ini.

Manakala peringatan bagi pelajar yang ingin memasuki asrama, anda diminta agar melaporkan kehadiran dan mengambil kunci asrama dengan Exco Kebajikan dan Kemasyarakatan atau mana-mana AJK Lajnah tersebut untuk tujuan pemantauan dan keselamatan. Sumber Berita, Krew Blog MPMKUDQI

0 ulasan:

Post a Comment