Saturday 17 April 2010

Futsal Di Waktu Malam

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan akan mengkaji kesan bermain futsal sehingga lewat malam yang menjadi gaya hidup golongan remaja masa kini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Liow Tiong Lai berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi mengkaji kesan bermain futsal sehingga lewat malam terhadap kesihatan.

"Bermain futsal pada waktu malam memang menjadi trend pada waktu sekarang. Jika (bermain) dari pukul 8 sehingga 11 malam, saya rasa ok. Tetapi apabila terlalu lewat mungkin akan mendatangkan masalah," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa membuka Penggal Keempat Parlimen ke-11.

Senator Datuk Roslan Awang Chik yang menimbulkan perkara itu berpendapat bahawa trend bermain futsal sehingga lewat malam memberi kesan negatif terutamanya terhadap kesihatan dan produktiviti kerja golongan remaja.

Bagaimanapun Liow berkata bermain futsal sehingga lewat malam bukan merupakan masalah besar berbanding sekiranya para remaja berkenaan terlibat dengan gejala sosial.

Liow berkata kementerian juga tidak boleh menghalang waktu operasi sesetengah pusat futsal persendirian yang beroperasi sehingga pukul 2 pagi, namun pihak kementerian boleh membantu menyelaraskan masa bermain futsal di gelanggang yang diselia pihak berkuasa tempatan. BERNAMA

0 ulasan:

Post a Comment