Saturday 17 April 2010

IQ Perokok Lebih Rendah


TEL AVIV: Merokok bukan saja boleh menjejaskan paru-paru dan menjadi punca kepada penyakit jantung tetapi juga merendahkan tahap IQ atau kepintaran perokok, dakwa satu kajian terbaru.

Golongan muda yang sering merokok dikatakan boleh mengakibatkan kadar kecerdikan mereka berkurangan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.

Malah, semakin banyak seseorang itu merokok, semakin rendah IQ mereka, menurut kajian itu yang melakukan penyelidikan ke atas 20,000 muda mudi.

Mereka yang merokok purata sebungkus atau lebih sehari akan mengalami pengurangan IQ sebanyak tujuh setengah mata berbanding mereka yang tidak merokok.

Perokok berusia 18 hingga 21 tahun didapati memiliki tahap IQ 94 manakala bukan perokok pada usia sama mempunyai purata 101.

Mereka yang merokok lebih satu paket sehari akan mengalami kadar IQ sekitar 90, manakala kadar purata skor IQ mereka adalah antara 84 hingga 116.

Biasanya, adik-beradik akan mengalami markah yang berbeza berbanding sama ada mereka merokok atau tidak.

Walaupun berada dalam keadaan yang sama, adik-beradik tidak merokok memiliki IQ lebih tinggi berbanding saudara mereka yang merokok. - Agensi

Sumber : MyHealth.gov.my

1 ulasan:

Sebenarnya nak tingkatkan keceradasan IQ ni mesti gunakan otak dengan berfikir perkara-perkara yang bermanfaat.

contoh : 1. Banyakkan berfikir tentang idea baru, cara menjadi lebih kreatif dalam perniagaan, cara bersaing, strategi perniagaan baru, cara mendapat pelanggan, cara memulangkan pelanggan yang hilang dan sebagainya.

2. fikir baik atau buruk kalau merokok. Rasanya mudah kalau perokok tu nak berfikir.

Lebih banyak berfikir, maka otak akan jadi lebih efisyen. bila otak jadi efisyen maka akan dapat idea-idea yang lebih bernas dan tidak pernah difikirkan.

jadi, perokok tu kena fikir la sendiri macam mana nak tingkatkan IQ.

Post a Comment