Wednesday, 28 April 2010

Kursus Fasilitator 2010

Kubang Lembek, 29 April 2010 : Majlis Perwakilan Mahasiswa melalui Lajnah Hubungan Luarnya bakal memulakan Kursus Fasilitator pada hari ini. Kursus selama 3 hari itu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Pengarah kursus, saudara Hamdan Chik ketika ditemui berkata, Kursus Fasilitator kali ini adalah untuk mendedahkan kepada peserta-peserta yang kebanyakannya dari kalangan yang masih belum berpengalaman agar dapat mengetahui ruang lingkup sebenar dunia fasilitator. Program ini juga bakal diadakan dalam bentuk perkongsian pengalaman, teknik-teknik menguruskan peserta dan perbincangan modul-modul yang boleh digunapakai dalam mana-mana program yang bakal memerlukan mereka.

Pengurusan Pengisian, Ahmad Amir menegaskan pihaknya akan sedaya upaya membangkitkan daya kreativiti di kalangan fasi dan juga keyakinan diri melalui slot-slot yang bakal diberikan kepada peserta-peserta.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Zainuddin yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Din.

1 ulasan:

o..cikgu zainudin yang biasa g kudqi 2 ke?? em,insyaallh berjalan lancar r saing2...

Post a Comment