Tuesday 27 April 2010

Tembak Melulu - Kematian Adik Aminulrasyid Wajib Dibela



Berita kematian adik Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis merupakan berita yang mengejutkan. Remaja berusia 15 tahun itu ditembak polis selepas dipercayai melarikan diri dari sekatan polis. Tapi apa autoriti polis untuk menembak seseorang yang lari dari sekatan polis tanpa ada apa-apa ancaman terhadap anggota mereka seperti serangan bersenjata atau cubaan merempuh mereka. Ini benar-benar tidak masuk akal dan satu tindakan yang zalim.

Mungkin mindset polis itu sudah menjadi seperti ISA, tanpa siasatan. Cukup dengan syak sahaja bahawa seseorang itu penjenayah maka ianya dibolehkan untuk dihumban ke Kamunting. Jika begitu, sesuatu perlu dilakukan agar kezaliman yang dilakukan oleh anggota yang sepatutnya menjaga keselamatan negara tidak berleluasa.

Sudahlah kejadian tembak di Batu Buruk tidak terbela, kini terjadi lagi satu tembakan yang melulu yang dilakukan oleh pihak polis dan mangsanya adalah seorang remaja berusia 15 tahun dan mungkin ditembak kerana tiada lesen memandu. Kami mahasiswa mengharapkan dan menggesa pihak sepatutnya agar berlaku telus menjalankan siasatan kali ini.

Jika adik Aminulrasyid tidak bersalah dan kesnya tidak diadili dengan baik, maka ingatlah akhirat masih ada dan ketika itu beliau boleh menuntut seegonya di hadapan Allah. Kami dari Majlis Perwakilan Mahasiswa mengucapkan takziah kepada keluarga beliau dan sentiasa berada bersama-sama demi keadilan.

"dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim kelak kamu akan disambar api neraka"

0 ulasan:

Post a Comment