Sunday 25 April 2010

Perjuangan Perlu Diteruskan !

Kubang Lembek, 26 April 2010 : Pilihan Raya Kecil Hulu menyaksikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional dengan majoriti undi 1725 menewaskan Pakatan Rakyat yang diwakili Datuk Zaid Ibrahim.

Walaupun tewas, ianya tidak menjejaskan sedikitpun komitmen Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan nasib rakyat. Seperti biasa dan sebagaimana yang sudah-sudah, pilihan raya menjadi medan untuk mendewasakan cara jentera pakatan bekerja dan menjadi satu lapangan latihan sebelum bersedia menerima kemenangan pada PRU yang akan datang.

Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI mengucapkan tahniah juga buat semua jentera Pakatan Rakyat kerana kesungguhan dan komitmen yang bukan calang-calang dicurahkan sepanjang PRK di Hulu Selangor.

0 ulasan:

Post a Comment