Wednesday 14 July 2010

Tamrin Qiadi : Bermulanya Cabaran Sebenar



Jeti Merang, Setiu : Kerjasama Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama dengan Lujnah Tarbiyyah Majlis Perwakilan MAhasiswa (MPMKUDQI) telah berjaya mengadakan suatu program bagi pelajar tahun akhir KUDQI yang dinamakan Tamrin Qiadi. Program ini telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari iaitu pada 4-6 julai 2010 baru-baru ini.

Objektif bagi tamrin kali ini adalah untuk membentuk kesedaran tentang tanggungjawab dan amanah Allah kepada pelajar juga menitik beratkan ilmu bagi menceburi diri di dalam pelbagai bidang serta melatih ketahanan dan kekuatan jasmani untuk bergerak aktif melaksanakan gerakkerja jemaah islam. Program ini disertai seramai 48 orang Peserta (KUDQI + IPA) dan 32 AJK perlaksanaan program tersebut dan diketuai oleh Mohd Azmi Bin Rusli@Awang selaku pengarah Program kali ini.

"Saya amat berpuas hati dengan program kali ini dimana semua pengisian dan perancangan berjalan lancar seperti apa yang dirancangkan termasuklah kerjasama dari para peserta juga amat menggalakkan dan tidak lupa juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK program yang telah bertungkus-lumus mengerah keringat masing-masing serta bertegang mata bagi menjayakan lagi program ini, syabas diucapkan." katanya ketika ditemui selepas habis program tersebut.

Pada program ini, kami membuat sedikit kelainan dengan mengambil orang luar sebagai ketua fasilitator dan menunjukkan hasil yang positif dari kalangan peserta itu sendiri, kami amat bersyukur kerana beliau dapat memberi komitmen yang sepenuhnya bermula dari awal program sehinggalah ke akhir program.

Pada akhir program, ketika majlis wida' peserta dan AJK saling bersalam-salaman dan berpelukan dalam suasana yang sebak seakan tidak mahu perpisahan berlaku.



Sedikit laporan ketika program ini berlaku yang ingin dikongsikan bersama :


4 Julai 2010
Semua peserta ke tempat program pada jam 9 pagi dengan menaiki van yang telah disediakan oleh panatia program menuju ke Ke Taman Rekreasi Pantai Merang. Apabila sampai di sana, peserta tamrin dikehendaki memasang khemah masing-masing sebagai tempat penginapan dengan dibantu oleh AJK Persiapan. Tamrin ini telah dirasmikan oleh Al-Fadil Ustaz Asmadi Bin Patani sebagai mewakili Lembaga Pengarah KUDQI. Aktiviti seterusnya ialah Ice Brekking pada jam 5 petang. pengisian berikutnya ialah Tadrib Syujaie yang diadakan selepas solat maghrib, antara objektif slot ini diadakan adalah untuk melatih peserta tamrin menyampaikan ucapan dihadapan peserta yang lain sebagai persediaan untuk melangkah ke dalam masyarakat. Kuliah Dasar yang pertama bertajuk "Tanggungjawab Seorang Muslim"


5 Julai 2010
Peserta dikejutkan pada jam 4 pagi untuk bermunajat kepada Ilahi dengan Qiamullai, seterusnya latihan kawad kaki, LDK 1 (best Promotion), LDK 2 (selamatkan aku), Kuliah dasar 2 yang bertajuk "Imtima' Kepada Perjuangan Islam" yang telah disampaikan oleh YB. Ustaz Mohd Nor Hamzah. Disebelah malamnya pula, slot kuliah maghrib bertajuk "Ta'adud, Jemaah, Rahmat Atau Perpecahan". Kemudian pada selepas isyak, slot explorace yang mana peserta diminta untuk mencari petunjuk hidup dengan menempuhi 5 cabaran pada setiap checkpoint dengan bertujuan untuk menguji kepekaan peserta serta memahami Fiqh Aulawiyat dan kepentingan menjaga amanah.


6 Julai 2010
Seawal jam 2 pagi semua peserta tamrin dikejutkan untuk slot night walk. Di setiap check point para peserta dikehendaki melakukan aktiviti yang telah ditetapkan oleh AJK pelaksana. Perasmian penutup tamrin pada kali ini dirasmikan oleh al-Fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP).



sedikit gambar tambahan untuk kenang-kenangan :















3 ulasan:

kenangan yg trindah..byk pengajaran yg dpt dibawa pulang..trm ksh kpd smua yg mnjayakn tamrin ini..syukran jazilan..

Salam..
Mohon jika tidak keberatan dapat dikongsikan modul2 yg dijalankan di dalam tamrin ini kepada saya. boleh emailkan kepada saya , nazhaoranglama@gmail.com.my Terima kasih..

Assalamualaikum,
saya amat tertarik dengan setiap pengisian yang dilakukan oleh Ajk Tamrin Qiadi. Harap sangat dapatkan kongsikan modul2 yang dijalankan sbgai brief idea kepada pengisian program kami akan datang

Post a Comment