Sunday 16 May 2010

Penutup K&K dan SBE Meriah!



Kubang Lembek, 17 mei 2010 : Majlis perasmian penutup program berkembar iaitu program Kebersihan dan Keceriaan anjuran Lajnah Kebajikan serta Seminggu Bersama Ekonomi anjuran Lajnah Ekomoni telah pun berlangsung dengan meriah semalam. Majlis itu dirasmikan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Penasihat MPMKUDQI yang juga HEP KUDQI.

Program Kebersihan dan Keceriaan menyaksikan Ahmad Amir bin Omar, penghuni bilik bernombor 12 Aspura KUDQI dinobatkan sebagai pemenang sekaligus menjadikannya johan keseluruhan selepas mendapat tempat kedua pada tahun lepas. Manakala kategori aspuri menyaksikan penghuni bilik Wafa' membawa pulang medal piala pusingan dan juga medal kemenangan. Masing-masing membawa pulang hamper tajaan.

Ahmad Amir ketika ditemui berkata, beliau tidak menjangkakan kemenangan ini kerana pada pemerhatiannya ada beberapa bilik lain yang turut layak untuk memenangi kategori ini. Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kemenangan ini dan saya harap Program ini tidak dilihat dari sudut hadiah semata-mata bahkan ianya akan menjadi inspirasi untuk sahabat mengamalkan hadith Kebersihan sebahagian daripada Iman. "Mungkin ini rezeki saya sempena tahun akhir" katanya lagi.

Manakala Program Seminggu Bersama Ekonomi pula terdapat dua kategori utama iaitu Pembelian Terbanyak Sepanjang Tahun yang menobatkan Ahmad Faris Ismail Ismail dan Hidayah Azemi sebagai pemenang. Manakala Kategori Pembeli Terbanyak Sepanjang SBE pula menyaksikan Haizat Alapisa dan Sahara Ali menggenggam kejuaraan. Pelaburan mereka dibalas dengan hamper saguhati dan sijil penghargaan.

Haizat Alapisa ketika ditemui berkata, Saya bukanlah mengejar kemenangan, tetapi saya hanya mahu membantu ekonomi KUDQI dan sebagai ahli MPMKUDQI pastilah saya merasa bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan ekonomi KUDQI dari masa ke semasa. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi penghargaan atas pelaburannya yang tidak seberapa itu. Haizat merupakan pelajar tahun 1 yang juga mengidolakan kejayaan Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaan dan akan mengikut jejak langkah sahabat Rasulullah s.a.w itu.

Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah.

0 ulasan:

Post a Comment