Firman Allah s.w.t

Siapakah yg lebih baik Perkataannya drpd orang yg Menyeru kepada Allah, dan mengerjakan amal yg Saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yg menyerah Diri?" (Fushshilat 33)

Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Hina Nabi : Mahasiswa Islam Bangkit


Manir, 26 September - Satu ceramah bagi membangkitkan semangat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w telah diadakan di sini.

Ceramah tersebut telah dirangka oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI di bawah Lajnah Informasi, adalah sebagai satu cara untuk menyangkal filem pendek penghinaan terhadap Rasulullah s.aw yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Yusrizal. (Gambar)

"Para mahasiswa perlu untuk menjadi agen kepada Rasulullah s.a.w dalam semua aspek" jelas beliau.
Sebagai mahasiswa yang menuntut ilmu agama ini perlu menjadi agen kepada Rasulullah s.a.w. dalam mengikuti akhlak dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Selain itu, mahasiswa diharap dapat menjawab segala tohmahan yang tidak baik kepada junjungan besar kita Rasulullah s.a.w melalui pendekatan yang sesuai berdasarkan kapasiti mahasiswa itu sendiri.

Antara lain juga, jelas beliau, "mahasiswa haruslah sanggup ditarbiyyah untuk memantapkan diri mereka bagi boleh mengalahkan dan mematahkan segala tohmahan musuh-musuh Islam terhadap penghinaan kepada Islam dan Rasulullah s.a.w."

Justeru itu, peringkat kepimpinan MPMKUDQI dan mahasiswa KUDQI mengutuk penghasilan filem pendek penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w itu.

Di harap program ini memberikan intipati terhadap kebangkitan Mahasiswa KUDQI khususnya dan seluruh mahasiswa di Malaysia khususnya.

posted by,
Wan Mohd Safwan

Friday, 13 January 2012

Kursus Pengurusan Organisasi Bersederhana

Baru-baru ini Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah atau dalam singkatannya MPMKUDQI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi sesi kepimpinan 2011/2012 pada 29-30/12/2011. Program yang diwajibkan kepada semua Exco MPMKUDQI dan Ajk Lujnah yang terpilih seramai hampir 40 orang itu berjalan dengan lancar.

Walaupun KPO pada kali ini agak sederhana kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat seluruh peserta untuk terus menyertainya. Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam, di KUDQI, itu diisi dengan beberapa slot ceramah dan cara pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Pengarah program KPO kali ini, Mohd Nasiruddin Othman dalam temu bual yang dibuat berkata, walaupun program agak sederhana dan santai. Namun beliau tetap berpuas hati dan mengharapkan agar semua peserta yang terlibat dapat mengambil segala intipati yang terdapat di sepanjang program berjalan.

“ Saya mengharapkan agar mereka semua dapat mengambil segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh para penceramah jemputan yang kita jemput khas di sepanjang program berjalan,” katanya.

Perasmian penutup pada program tersebut telah disempurnakan oleh Al-fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang merupakan penasihat kepada MPMKUDQI. Dalam ucapan penutup yang serba ringkas itu beliau telah mengingatkan kepada seluruh kepimpinan yang ada agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan atasan dan mengharapkan tidak ada yang yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak peduli di atas arahan tersebut. Dan diantara lain juga, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh panitia program dan seluruh peerta yang terlibat kerana telah bertungkus lumus menjayakan program KPO pada kali ini.

Program yang berakhir tepat jam 10.15 malam itu disudahi dengan bacaan doa penutup dan bersurai.










p/s : Gambar selanjutnya boleh lawati di FB MPMKUDQI

Wednesday, 11 January 2012

Gotong-royong Meriah

KUBANG LEMBEK, 12 Januari – Satu gotong-royong perdana membersih kawasan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI, itu bagi membersih dan mengemas tempat yang telah ditetapkan oleh lujnah tersebut. Ianya bertujuan bagi menceriakan lagi kawasan persekitaran dan juga asrama kediaman para pelajar serta bangunan kompleks pengajian yang meliputi pejabat, dewan kuliah, dewan besar dan lain-lain.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi yang telah disempurnakan oleh Al-fadhil Usttaz Kamaruzaman Abdullah yang merupakan penasihat kepada MPMKUDQI dan juga Timbalan Pengarah 2, merangkap Hal Ehwal Pelajar KUDQI. Beliau yang memberikan sedikit ucapan dan beberapa kata nasihat serta peringatan supaya para pelajar terus menjaga tingkah laku dan perbuatan agar ianya selari dengan kita selaku pelajar yang menuntut agama Allah.

Dan seterusnya beliau memberikan taklimat berkaitan pembahagian tugas serta tempat yang telah ditetapkan yang menjadi kawasan yang harus diambil perhatian agar semuanya nampak bersih dan ceria berjalan. Sehubungan itu, pengerusi Lujnah Kebajikan menyatakan bahawa beliau cukup berpuas hati dan mengharapkan program sebegini akan menjadi rutin kepada seluruh mahasiswa/wi supaya persekitaran kita akan senantiasa tampak baik dan ceria. Program yang berakhir kira-kira jam 11.30 pagi itu diakhiri dengan sedikit jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.








Al-fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah


p/s : Gambar lain boleh layari fb mpmkudqi.

Monday, 9 January 2012

Mahasiswa Bersama Adik-adik...

Sepanjang musim cuti sekolah baru-baru ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (MPMKUDQI) telah menghantar wakil dikalangan mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi fasilitator di beberapa program yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Program tersebut adalah bagi mengisi kekosongan yang ada disepanjang cuti sekolah untuk para remaja agar mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Disamping program tersebut adalah bagi melahirkan remaja-remaja yang lebih proaktif dan mempunyai jati diri seorang muslim yang baik. Kerana di dalam program tersebut diterapkan juga kepada mereka dengan nilai-nilai yang murni antaranya budaya berkerjasama, tolong-menolong, hormat-menghormati sesama insan dan sebagainya. Di sini juga kami memaparkan detik-detik yang sempat dirakam oleh jurukamera disepanjang program-program tersebut berjalan.

Mukhayyam Syabab Hulu Terengganu at KUDQI



Ketua Fasi dan Tuan Pengarah..





Monsoon Camp WAJA Marang at DUNGUN







Perkemahan Remaja Wakaf Mempelam at Lata Belatan






Sekian dulu dari kami. Terima Kasih..


p/s : Gambar selanjutnya sila ke facebook MPMKUDQI

Sunday, 16 May 2010

Penutup K&K dan SBE Meriah!



Kubang Lembek, 17 mei 2010 : Majlis perasmian penutup program berkembar iaitu program Kebersihan dan Keceriaan anjuran Lajnah Kebajikan serta Seminggu Bersama Ekonomi anjuran Lajnah Ekomoni telah pun berlangsung dengan meriah semalam. Majlis itu dirasmikan oleh Ustaz Kamaruzzaman Abdullah, Penasihat MPMKUDQI yang juga HEP KUDQI.

Program Kebersihan dan Keceriaan menyaksikan Ahmad Amir bin Omar, penghuni bilik bernombor 12 Aspura KUDQI dinobatkan sebagai pemenang sekaligus menjadikannya johan keseluruhan selepas mendapat tempat kedua pada tahun lepas. Manakala kategori aspuri menyaksikan penghuni bilik Wafa' membawa pulang medal piala pusingan dan juga medal kemenangan. Masing-masing membawa pulang hamper tajaan.

Ahmad Amir ketika ditemui berkata, beliau tidak menjangkakan kemenangan ini kerana pada pemerhatiannya ada beberapa bilik lain yang turut layak untuk memenangi kategori ini. Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan kemenangan ini dan saya harap Program ini tidak dilihat dari sudut hadiah semata-mata bahkan ianya akan menjadi inspirasi untuk sahabat mengamalkan hadith Kebersihan sebahagian daripada Iman. "Mungkin ini rezeki saya sempena tahun akhir" katanya lagi.

Manakala Program Seminggu Bersama Ekonomi pula terdapat dua kategori utama iaitu Pembelian Terbanyak Sepanjang Tahun yang menobatkan Ahmad Faris Ismail Ismail dan Hidayah Azemi sebagai pemenang. Manakala Kategori Pembeli Terbanyak Sepanjang SBE pula menyaksikan Haizat Alapisa dan Sahara Ali menggenggam kejuaraan. Pelaburan mereka dibalas dengan hamper saguhati dan sijil penghargaan.

Haizat Alapisa ketika ditemui berkata, Saya bukanlah mengejar kemenangan, tetapi saya hanya mahu membantu ekonomi KUDQI dan sebagai ahli MPMKUDQI pastilah saya merasa bertanggungjawab untuk membantu meningkatkan ekonomi KUDQI dari masa ke semasa. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi penghargaan atas pelaburannya yang tidak seberapa itu. Haizat merupakan pelajar tahun 1 yang juga mengidolakan kejayaan Abdul Rahman bin Auf dalam perniagaan dan akan mengikut jejak langkah sahabat Rasulullah s.a.w itu.

Majlis turut diserikan dengan cabutan bertuah.

Saturday, 8 May 2010

Mahasiswa Bersama Masyarakat



Padang Tengir,7 Mei 2010 : Sikap kepedulian yang seringkali dikaitkan dengan jiwa kemahasiswaan dibuktikan melalui kejayaan program Kemasyarakatan anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Lajnah Hubungan Luar.

Program ini mendedahkan kepada peserta-peserta nasib mereka yang kurang bernasib baik disamping mengambil peluang mencurah bakti kepada mereka yang memerlukan. Ustaz Azman Khidmir selaku pengarah program menegaskan program ini adalah untuk setiap peserta menginsafi setiap kelalaian mereka yang sentiasa hidup dalam kesenangan agar memikirkan juga nasib mereka yang diuji Allah dengan kesusahan.

Selain memberi sumbangan berupa barang-barang keperluan, pelajar-pelajar KUDQI juga mengadakan gotong royong membaiki rumah dan membersihkan kawasan sekitar agar lebih selesa.

Setiausaha program, Ustaz Ikhwan Azam berkata mahasiswa dikenali sebagai figur yang penuh semangat, cakna dan sentiasa ada bersamanya idealisme yang jarang sekali ada pada orang lain, justeru program ini dilihat sebagai tempat untuk menyalurkan sikap peduli atau cakna mahasiswa dan juga memberikan pengalaman kepada mereka untuk berhadapan dengan keadaan akan datang. Program ini insyaAllah akan diadakan secara berkala bergantung kepada kemampuan kami. Mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi kami menerusi email mpmkudqi@gmail.com atau 0145090925.