Friday 13 January 2012

Kursus Pengurusan Organisasi Bersederhana

Baru-baru ini Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah atau dalam singkatannya MPMKUDQI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi sesi kepimpinan 2011/2012 pada 29-30/12/2011. Program yang diwajibkan kepada semua Exco MPMKUDQI dan Ajk Lujnah yang terpilih seramai hampir 40 orang itu berjalan dengan lancar.

Walaupun KPO pada kali ini agak sederhana kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Namun ianya tidak mematahkan semangat seluruh peserta untuk terus menyertainya. Program yang berjalan selama 2 hari 1 malam, di KUDQI, itu diisi dengan beberapa slot ceramah dan cara pengurusan organisasi yang sistematik dan berkesan. Pengarah program KPO kali ini, Mohd Nasiruddin Othman dalam temu bual yang dibuat berkata, walaupun program agak sederhana dan santai. Namun beliau tetap berpuas hati dan mengharapkan agar semua peserta yang terlibat dapat mengambil segala intipati yang terdapat di sepanjang program berjalan.

“ Saya mengharapkan agar mereka semua dapat mengambil segala ilmu dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh para penceramah jemputan yang kita jemput khas di sepanjang program berjalan,” katanya.

Perasmian penutup pada program tersebut telah disempurnakan oleh Al-fadhil Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang merupakan penasihat kepada MPMKUDQI. Dalam ucapan penutup yang serba ringkas itu beliau telah mengingatkan kepada seluruh kepimpinan yang ada agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan oleh pimpinan atasan dan mengharapkan tidak ada yang yang mengambil sikap sambil lewa dan tidak peduli di atas arahan tersebut. Dan diantara lain juga, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh panitia program dan seluruh peerta yang terlibat kerana telah bertungkus lumus menjayakan program KPO pada kali ini.

Program yang berakhir tepat jam 10.15 malam itu disudahi dengan bacaan doa penutup dan bersurai.










p/s : Gambar selanjutnya boleh lawati di FB MPMKUDQI

0 ulasan:

Post a Comment