Saturday 8 May 2010

Mahasiswa Bersama Masyarakat



Padang Tengir,7 Mei 2010 : Sikap kepedulian yang seringkali dikaitkan dengan jiwa kemahasiswaan dibuktikan melalui kejayaan program Kemasyarakatan anjuran bersama Lajnah Kebajikan dan Lajnah Hubungan Luar.

Program ini mendedahkan kepada peserta-peserta nasib mereka yang kurang bernasib baik disamping mengambil peluang mencurah bakti kepada mereka yang memerlukan. Ustaz Azman Khidmir selaku pengarah program menegaskan program ini adalah untuk setiap peserta menginsafi setiap kelalaian mereka yang sentiasa hidup dalam kesenangan agar memikirkan juga nasib mereka yang diuji Allah dengan kesusahan.

Selain memberi sumbangan berupa barang-barang keperluan, pelajar-pelajar KUDQI juga mengadakan gotong royong membaiki rumah dan membersihkan kawasan sekitar agar lebih selesa.

Setiausaha program, Ustaz Ikhwan Azam berkata mahasiswa dikenali sebagai figur yang penuh semangat, cakna dan sentiasa ada bersamanya idealisme yang jarang sekali ada pada orang lain, justeru program ini dilihat sebagai tempat untuk menyalurkan sikap peduli atau cakna mahasiswa dan juga memberikan pengalaman kepada mereka untuk berhadapan dengan keadaan akan datang. Program ini insyaAllah akan diadakan secara berkala bergantung kepada kemampuan kami. Mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi penaja boleh menghubungi kami menerusi email mpmkudqi@gmail.com atau 0145090925.

2 ulasan:

Moga barisan pimpinan kudqi trus maju.
Mantop!

bagus!! ade peningkatan...hehe

Post a Comment