Tuesday 28 February 2012

HINA - Jangan Bermain Dengan Api

Bismillahirrahmanirrahim..


Mengutuk dan menghina adalah satu sifat yang diketahui umum adalah suatu perbuatan yang amat dipandang hina oleh semua manusia. Sama ada ianya terhadap sesuatu perkara, individu, golongan dan sebagainya.

Justeru adalah terlebih hina jikalau perbuatan tersebut dilakukan terhadap agama yang dianuti oleh golongan tertentu. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menghormati sesama manusia. Bahkan termasuk juga binatang dan tumbuhan yang mana ianya tidak boleh dibunuh sewenang-wenangnya ataupun dirosakkan sesuka hati.

Maka, apatah lagi dengan menghina atau mengutuk kaum atau bangsa yang tidak seagama dengan mereka. Termasuk juga mengutuk dan menghina agama lain dengan tujuan untuk membawa kepada perpecahan dan ketidak tenteraman kepada seluruh masyarakat. Kerana ajaran Islam adalah suatu ajaran yang suci dan murni yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi Rahmat kepada seluruh alam. Firman Allah SWT yang bermaksud :

"Hai manusia, sesungguhnya kami jadikan kamu berpasang-pasangan, dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan diantara kamu...."
(Surah Al-Hujurat : 13)

Maka dengan demikian itu, kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap sebarang jenis bentuk kutukan atau penghinaan terhadap agama Islam dan juga terhadap mana-mana agama lain yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat. Sama ada ianya berbentuk tulisan, gambaran, lukisan dan sebagainya.

Dan kami memohon tindakan keras diambil
terhadap pihak berkenaan yang membuat
penghinaan terhadap kesucian agama Islam apatah lagi penghinaan tersebut dengan menggunakan perkataan Allah di dalam tulisan yang amat jelas ditempat yang tidak sepatutnya. (gambar)



Sekian, wassalam.


Muhammad Nasiruddin Othman,
Presiden,
Majlis Perwakilan Mahasiswa,
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah 2011/2012

0 ulasan:

Post a Comment