Wednesday 21 December 2011

Sekalung Takziah


Setiap anak Adam itu pasti akan merasai kematian. Itulah dia janji Allah s.w.t kepada setiap hamba-hambaNya. Maka bagi anak adam yang masih menunggu-nunggu janji tersebut ketahuilah bahawa kematian itu sebenarnya adalah permulaan bagi kehidupan yang kekal abadi. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara yang diberikan oleh Allah s.w.t sebagai tempat untuk anak Adam bercucuk tanam. Dan hasilnya nanti akan dituai oleh mereka di hari akhirat. Kehidupan yang kekal abadi.

Justeru itu, pihak MPMKUDQI mengucapkan sekalung takziah kepada pelajar Natratul Naim Binti Mahadi (siswi Tahun 2 Syariah) dan juga Nurul Aini Nabila Binti Mahadi (siswi Tahun 1 Syariah) di atas pemergian nenda mereka pada jam 6.00 am. Kami dari MPMKUDQI mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Selain itu juga, kami mengharapkan agar saudari berdua beserta keluarga dapat menerima dengan hati yang ikhlas.


Sekian, wassalam.


MUHAMMAD NASIRUDDIN OTHMAN

Presiden,

Majlis Perwakilan Mahasiswa,

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah 2011/2012


0 ulasan:

Post a Comment