Firman Allah s.w.t

Siapakah yg lebih baik Perkataannya drpd orang yg Menyeru kepada Allah, dan mengerjakan amal yg Saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yg menyerah Diri?" (Fushshilat 33)

Thursday, 27 September 2012

Hina Nabi : Mahasiswa Islam Bangkit

Manir, 26 September - Satu ceramah bagi membangkitkan semangat dan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w telah diadakan di sini. Ceramah tersebut telah dirangka oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI di bawah Lajnah Informasi, adalah sebagai satu cara untuk menyangkal filem pendek penghinaan terhadap Rasulullah s.aw yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Yusrizal. (Gambar) "Para mahasiswa perlu untuk menjadi agen kepada Rasulullah s.a.w...

Friday, 20 July 2012

Perutusan Ramadhan - 1433 H

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana telah diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa" (al-Baqarah : 183) Ibadah puasa adalah merupakan salah satu dari rukun Islam yang wajib kita percaya dan beramal. Puasa adalah suatu ibadah yang telah diwajibkan oleh Allah SWT kepada umat yang terdahulu daripada kita. Mungkin caranya agak berbeza...

Tuesday, 28 February 2012

HINA - Jangan Bermain Dengan Api

Bismillahirrahmanirrahim..Mengutuk dan menghina adalah satu sifat yang diketahui umum adalah suatu perbuatan yang amat dipandang hina oleh semua manusia. Sama ada ianya terhadap sesuatu perkara, individu, golongan dan sebagainya.Justeru adalah terlebih hina jikalau perbuatan tersebut dilakukan terhadap agama yang dianuti oleh golongan tertentu. Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menghormati sesama manusia. Bahkan termasuk juga binatang dan tumbuhan...

Monday, 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Bersempena dengan Tahun Baru Cina kali ini, rasanya masih belum terlambat untuk kami dari seluruh barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah mengucapkan selamat menyambut hari perayaan tersebut kepada seluruh masyarakat Tionghoa khususnya kepada mahasiswa/wi yang berbangsa Cina.Islam menyuruh agar seluruh manusia bersatu dan saling hormat-menghormati sesama mereka tidak...

Friday, 13 January 2012

Kursus Pengurusan Organisasi Bersederhana

Baru-baru ini Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah atau dalam singkatannya MPMKUDQI telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) bagi sesi kepimpinan 2011/2012 pada 29-30/12/2011. Program yang diwajibkan kepada semua Exco MPMKUDQI dan Ajk Lujnah yang terpilih seramai hampir 40 orang itu berjalan dengan lancar.Walaupun KPO pada kali ini agak sederhana kalau hendak dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya....

Wednesday, 11 January 2012

Gotong-royong Meriah

KUBANG LEMBEK, 12 Januari – Satu gotong-royong perdana membersih kawasan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) telah diadakan. Program yang dianjurkan oleh Lujnah Kebajikan, Majlis Perwakilan Mahasiswa KUDQI, itu bagi membersih dan mengemas tempat yang telah ditetapkan oleh lujnah tersebut. Ianya bertujuan bagi menceriakan lagi kawasan persekitaran dan juga asrama kediaman para pelajar serta bangunan kompleks pengajian yang meliputi pejabat,...

Tuesday, 10 January 2012

Belangsungkawa Serikandi Islam

Saat diri mu menghembuskan nafas yang terakhir, tatkala itu juga turunnya hujan untuk menemani pemergianmu. Disaat ramai manusia menangisi akan pemergianmu menemui sang Pencipta, maka ketika itu juga seluruh alam seolah-olah turut berdukacita. Tika mana kudratmu mengatakan tidak, dikau gagahkan jua untuk terus memberi walaupun semakin hari dimamah usia. Jasamu umpama gunung yang tinggi melangit tidak tercapai dek tangan menggapai, tidak terlihat...

Monday, 9 January 2012

Mahasiswa Bersama Adik-adik...

Sepanjang musim cuti sekolah baru-baru ini, Majlis Perwakilan Mahasiswa Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (MPMKUDQI) telah menghantar wakil dikalangan mahasiswa dan mahasiswi untuk menjadi fasilitator di beberapa program yang telah dianjurkan oleh pelbagai pihak. Program tersebut adalah bagi mengisi kekosongan yang ada disepanjang cuti sekolah untuk para remaja agar mereka didedahkan dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Disamping program...

Page 1 of 3112345Next